KEPENTINGAN RUMAH
A. Fungsi Rumah
1. Memberi perlindungan
-melindungi daripada hujan dan panas
-melindungi barang-barang keperluan dan harta benda
-melindungi daripada ancaman berbahaya
2. Menyediakan keselesaan
-ruang-ruang yang terdapat dalam rumah dapat memberi keselesaan
-berinteraksi dan beristirahat bersama keluarga
3. Mewujudkan kemesraan keluarga
-makan dan berbincang bersama keluarga
-mengadakan majlis dan menyambut hari perayaan
Monday, 26 November 2012
LATIHAN TATABAHASA TAHUN 3
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1) Puan Salina____________ kurma ayam dan rendang daging untuk hidangan makan malam.
A menggoreng C menjerang
B memasak D memotong
2) Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 10.45 malam.
A berlepas C bertolak
B berangkat D berjalan
3) Kami________terbahak-bahak apabila mendengar kisah Angan-angan Mat Jenin.
A menangis C ketawa
B menjerit D melompat
4) Encik Teh__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Tahun Baru Cina.
A membakar C menconteng
B membersihkan D menghiasi
5) Mangsa-mangsa banjir itu telah_____ke tempat yang lebih selamat sehingga air surut.
A berpindah C berlari
B bermain D berdiri
6) Encik Fadli_________ sanak saudadaranya datang ke majilis perkahwinan anak bongsunya.
A meminta C mengangkut
B menjemput D menghantar
7) Kami sekeluarga ______di tepi kolam itu sambil melihat anak-anak ikan berenang
A berpindah C berehat
B beradu D berlatih
8) Pemandu bas mini itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan keselamat para penumpang.
A membawa C mengangkut
B memandu Dmenunggang
9) Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak lelaki gila itu menuju ke arah mereka.
A duduk C tidur
B turun D lari
10)Ular sawa yang _____ayam-ayam Pak Cik Harun berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.
A membunuh C mengulung
B mematuk D memakan
Tuesday, 30 October 2012
UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA...
الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَاعِلِ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَّثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاء إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(Surah Al-Fatir 35: Ayat ke 1)

BINGKISAN DOA
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAIORANG YANG KITA CINTAI,TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,KITA AKAN TURUT MENCINTAIORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.YA ALLAH,ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKANOLEH-MU KEPADAKU,MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAHKERANA-MU,DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.
NAMUN,ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.
YA ALLAH,JIKA AKU JATUH CINTA,CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU,
AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.
YA MUHAIMIN,JIKA AKU JATUH CINTA,JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.
YA RABBANA,JIKA AKU JATUH HATI,JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.
YA RABBUL IZZATI,JIKA AKU RINDU,RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.
YA ALLAH,JIKA AKU RINDU,JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.
YA ALLAH,JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN
INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU
YA ALLAH,JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH
DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.
YA ALLAH,JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA
MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.
Sunday, 14 October 2012
mutiara kata
Mutiara Kata
Saidina Ali r.a.
* Sifat pemarah adalah musuh utama akal.
* Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.
* Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya.
* Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.
Hamka
* Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.
* Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya.
* Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang.
Luqman al-Hakim
*Walaubagaimana alim pun seorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.
زهرة الجنه

Friday, 12 October 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)