Monday 26 November 2012

KEPENTINGAN RUMAH

A. Fungsi Rumah

1. Memberi perlindungan
-melindungi daripada hujan dan panas
-melindungi barang-barang keperluan dan harta benda
-melindungi daripada ancaman berbahaya

2. Menyediakan keselesaan
-ruang-ruang yang terdapat dalam rumah dapat memberi keselesaan
-berinteraksi dan beristirahat bersama keluarga


3. Mewujudkan kemesraan keluarga
-makan dan berbincang bersama keluarga
-mengadakan majlis dan menyambut hari perayaan

LATIHAN TATABAHASA TAHUN 3


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
 

1) Puan Salina____________ kurma ayam dan rendang daging untuk hidangan makan malam.
    A menggoreng                 C menjerang
    B memasak                      D memotong

2) Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul      10.45 malam.
   A berlepas                        C bertolak
   B berangkat                      D berjalan

3) Kami________terbahak-bahak apabila mendengar kisah Angan-angan Mat Jenin.
   A menangis                       C ketawa
   B menjerit                         D melompat

4) Encik Teh__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Tahun Baru      Cina.
   A membakar                     C menconteng
   B membersihkan                D menghiasi

5) Mangsa-mangsa banjir itu telah_____ke tempat yang lebih selamat sehingga air surut.
   A berpindah                      C berlari
   B bermain                         D berdiri

6) Encik Fadli_________ sanak saudadaranya datang ke majilis perkahwinan anak bongsunya.
   A meminta                        C mengangkut
   B menjemput                    D menghantar

7) Kami sekeluarga ______di tepi kolam itu sambil melihat anak-anak ikan berenang
   A berpindah                      C berehat
   B beradu                           D berlatih

8) Pemandu bas mini itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan keselamat para penumpang.
   A membawa                     C mengangkut
   B memandu                       Dmenunggang

9) Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak lelaki gila itu menuju ke arah         mereka.
    A duduk                          C tidur
    B turun                             D lari

10)Ular sawa yang _____ayam-ayam Pak Cik Harun berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.
    A membunuh                    C mengulung  
    B mematuk                       D memakan                    

Thursday 8 November 2012

KARANGAN PENDEK


KARANGAN JENIS CERITA

1. Melawat Ladang Ternakan Lembu
Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan-rakan telah melawat ke ladang ternakan lembu milik Pak Din. Ladang ternakan lembu tersebut agak luas.
        Selain membela lembu, Pak Din juga membela kambing. Haiwan ternakan itu dibiarkan bebas meragut rumput di padang yang luas.
        Semasa berada di ladang ternakan itu, kami melihat lembu dan kambing Pak Din gemuk-gemuk belaka. Ladang ternakan Pak Din begitu bersih kerana dijaga dengan rapi oleh dua orang pembantunya.
        Walaupun berasa sunnguh penat, kami berasa amat gembira kerana  telah mendapat sebuah pengalaman  baharu.

Soalan:

1. Selain lembu,apakah binatang lain yang dibela oleh Pak Din?
2. Bagaimanakah keadaan ladang ternakan Pak Din?
3. Pak Din mempunyai berapa orang pembantu?


2.Rumah Baharu Sofia
       
Ayah Sofia telah membeli sebuah rumah banglo baru. Rumah baru Sofia terletak di Taman Pokok Sena. Rumah itu ialah rumah banglo dua tingkat. Rumah itu berharga RM 430 000.
        Pada hari Sabtu yang lalu, Sofia sekeluarga telah berpindah ke rumah banglo itu. Rumah itu besar dan cantik. Rumah itu mempunyai empat buah bilik tidur, sebuah dapur, dan ruang tamu yang besar. Halaman rumahnya juga luas.
        Ibu Sofia telah menghias rumah baharu itu dengan kemas sekali. Di luar rumah, ibunya telah menanam bermacam-macam jenis pokok bunga seperti Bunga Orkid, Bunga Kertas, dan Bunga Raya. Sekarang, rumah baharu Sofia kelihatan sungguh cantik.

Soalan:

1. Apakah jenis rumah yang dibeli oleh ayah Sofia?
2. Di manakah terletaknya rumah baru Sofia?
3. Apakah jenis pokok bunga yang ditanam oleh ibu Sofia?